Shelving merupakan suatu aktiviti menyusun buku di rak mengikut kategori, dan nombor siri.
Shelving adalah aktiviti yang saya lakukan selama 1 jam pada setiap hari sebelum memulakan kerja di bahagian teknologi maklumat.
Aktiviti Shelving ini dilakukan pada setiap hari oleh semua staff di setiap bahagian.
Majlis Penyerahan buku dari SULTAN SELANGOR
Pada minggu ini, saya telah diberi tugasan untuk menyiapkan aturcara bagi Majlis Penyerahan Buku oleh sultan selangor D.Y.M.M Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj kepada Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam (PPAS).
Saya juga diberi amanah membuat salinan filateli milik Persatuan Filateli Malaysiauntuk dipamer diruang legar bilik koleksi selangor kepada D.Y.M.M Sultan Selangor.