______________________________________________________
___________________________________________________

Penghargaan dan Dedikasi

Penghargaan 

Salam tulus ikhlas ditujukan khas untuk Ibu dan Ayah saya serta keluarga yang sentiasa mendoakan kejayaan saya, pensyarah pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan di Politeknik Mersing Johor yang menuntut di dalam jurusan Teknologi Maklumat(Rangkaian).

Di kesempatan ini, pelatih ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada seluruh kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) terutamanya kepada En Zainuddin B. Tasiman selaku penyelaras pelajar praktikal kerana sudi menerima pelatih untuk menjalani latihan industri di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Setinggi-tinggi perhargaan juga kepada Pn Haiziah Binti Abu selaku ketua bahagian pelatih ketika menjalani latihan industri di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Tidak dilupakan juga kepada seluruh kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan berkongsi ilmu mengenai selok belok kerja dan tugas yang harus pelatih lakukan sepanjang pelatih menjalani latihan industri di Syarikat tersebut. Tanpa bantuan mereka sudah pasti pelatih tidak dapat menjalani latihan industri ini dengan jayanya seperti ini. Tidak ketinggalan juga rakan sepelatih di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam (PPAS) iaitu Nor Amira dan Siti Azila serta juga mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan laporan ini. Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman, yang memberi tunjuk ajar dan rujukan pada saya,dalam menyiapkan laporan industri ini.


 Dedikasi 

“Untuk ayah, bonda tercinta serta keluarga yang di sayangi,warga kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) serta semua , rakan-rakan seperjuangan di Politeknik Mersing Johor,serta saudara-mara terdekat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sepenuhnya.” Pelatih juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi terutama pensyarah program Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) yang telah membantu dalam penulisan laporan ini dan di atas segala ilmu yang telah dikongsi bersama.



 “JASAMU DIKENANG”