______________________________________________________
___________________________________________________

Bab 5: Dapatan dan Cadangan

DAPATAN DAN CADANGAN

Hasil dapatan saya melalui kerja yang dilakukan sepanjang saya menjalani latihan industri ini, saya banyak mempelajari tentang;
  •  Persekitaran bekerja di alam pekerjaan yang sebenar .
  • Dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang saya belajar di politeknik. 
  • dapat meningkatkan daya keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang awam dan tahu cara berinteraksi dengan betul.
  • Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di pejabat bersama dengan staff-staff dengan baik.
  • Dapat menyelesaikan sesuatu kerja atau tugasan yang diberi oleh pihak atasan dengan baik dan jayanya.

Latihan Industri yang telah dijalani di sini amatlah saya hargai.  Daripada latihan ini saya ingin membuat cadangan serta saranan iaitu;
  1. Pihak syarikat di minta mendedahkan lebih banyak perkara berkaitan dengan yang kerja-kerja dibuat supaya para pelajar mendapat lebih manfaat dari program latihan industri. 
  2. Pihak syarikat harus memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari lebih mendalam lagi tentang sesuatu kerja yang mereka buat ketika latihan industri.
  3. Pensyarah Politeknik Mersing harus memberi pemantauan dan sokongan yang lebih kerap terhadap pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan industri kerana mungkin terdapat masalah yang di hadapi pelajar memandangkan pelajar masih belum bersedia di alam pekerjaan. 
  4. Pelajar harus lebih cekap dan menepati masa dalam melakukan tugas yang diberikan agar pihak syarikat memberikan kepercayaan untuk melakukan sesuatu tugas.
  5. Pelajar harus menepati masa agar tidak dipandang rendah oleh majikan.
  6. Pelajar harus didedahkan dengan dunia luar, tidak hanya didalam pejabat.