______________________________________________________
___________________________________________________

Bab 1: Pengenalan


 Pengenalan

Latihan Industri merupakan satu modul penting di dalam kurikulum pengajian di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Secara amnya tujuan modul ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar terutamanya dari aspek aplikasi pengetahuan yang dipelajari di Kolej, perhubungan kemanusiaan dan etika serta amalan keselamatan di tempat kerja. Pelaksanaan modul ini memerlukan pelajar ditempatkan di syarikat atau jabatan kerajaan yang bersesuaian untuk tempoh 1 semester ( 5 bulan )
Pelajar perlu lulus modul latihan Industri ini sebelum layak diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 


 Objektif  Latihan  Industri

Objektif  latihan industri adalah untuk membolehkan pelajar :


  • Mendapatkan pendedahan kepada alam pekerjaan sebenar;              
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ;           
  •  Memahami perkaitan di antara pengetahuan yang dipelajari di bilik kuliah dengan amalan praktik di tempat latihan ;         
  • Menghayati semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik dengan             pekerja di tempat latihan      
  •  Menghayati sifat jujur, amanah, berdisiplin dan bertanggungjawab;           
  • Mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik di tempat latihan;         
  •  Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi; dan         
  •  Menyediakan laporan harian dan laporan latihan industry

Objektif Laporan
Objektif laporan adalah untuk membolehkan pelajar;

-Melatih pelajar untuk menyediakan dokumen kerja dengan berkesan.
-Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab terhadap kerja yang dilakukan dengan 
menyediakan dokumen yang berkaitan kerja.
-Memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana menyediakan dokumen dengan betul.
-Melengkapkan syarat wajib bagi pelajar untuk lulus Latihan Industari Politeknik KPTM



Kepentingan Latihan Industri kepada pelajar

Kepentingan latihan industri kepada pelajar adalah;

  • Mendisiplinkan pelajar ke arah melahirkan pekerja yang berdisiplin setelah pelajar           tamat pengajian dipoliteknik KPTM. 
  • Melahirkan pekerja yang berkemahiran setelah pelajar melangkah ke alam pekerjaan    yang sebenar. Ini kerana dengan  mengikuti latihan industri di organisasi-organisasi       tertentu pelajar akan lebih berkemahiran dalam menjalankan sesuatu kerja setelah          diberi penerangan dan diberi tunjuk ajar tentang sesuatu kerja oleh pekerja yang lebih     berkemahiran.
  • Pelajar yang mengikuti latihan industri akan lebih matang dalam menjalankan         sesuatu kerja memandangkan telah diberi pendedahan tentang akibat yang akan   dihadapi jika bertindak melulu tanpa berfikir terlebih dahulu.
  • Pelajar juga akan lebih berpengetahuan dan memahami tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka, setelah mengikuti pelajaran secara       amali.