______________________________________________________
___________________________________________________

Bab 2: Latar Belakang Organisasi

LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN


Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)


Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
D/A Perpustakaan Raja Tun Uda,
Jalan Kelab Golf 13/6,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor
..
No. Telefon : 03-5519 7667 ; Faksimili : 03-5510 4264
www.facebook.com/PPAS.My.Second.Home

KOORDINATE GPS PPAS :
Latitude : 3.08925, Longitude : 101.53325




Logo PPAS
A - mewakili orang awam/ahli perpustakaan. 
Warna jingga - melambangkan kreativiti, kejayaan dan galakan. 
Warna coklat pudar - melambangkan persekitaran dunia ilmu. 
 Warna hijau muda - melambangkan kebijaksanaan dan kearifan 
Warna kelabu - melambangkan kekuatan dan kekuasaan.

Moto

Selangkah ke Perpustakaan Sejuta Senyuman, 
Sekali Klik Sejuta Maklumat 

Tagline

Perpustakaan Rumah Kedua Ku 
Library My second home 


Carta Organisasi





Sejarah Penubuhan PPAS 

Bermula dengan pengambilalihan Kuala Lumpur Book Club sebagai Ibu Pejabat pada tahun 1971, perpustakaan-perpustakaan dikembangkan ke semua sembilan daerah dengan penubuhan Perpustakaan Daerah, Perpustakaan Cawangan, Perpustakaan Bergerak, Perpustakaan Pekan dan Perpustakaan Desa.




Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah ditubuhkan melalui Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan No.5, bertarikh 27 Mac 1969 serta Warta Kerajaan No.7, 1975 (pindaan).




Pada tahun 1986, PPAS telah berpindah ke bangunan baru di Persiaran Bandaraya,  Shah Alam  yang menjadi nadi pentadbir, menyelenggara serta menyelaras seluruh perpustakaan-perpustakaan di negeri Selangor sehinggalah ia melalui fasa penjenamaan semula dan pindah ke bangunan yang lebih canggih dan selesa.



Pembinaan bangunan baru Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU), Shah Alam dimulakan pada September 2007 di lokasi yang strategik, aman dan hijau iaitu bersesuaian dengan konsep ’Perpustakaan Dalam Taman’. Dengan memberi kelainan kepada peranan perpustakaan iaitu selain dari memberi perkhidmatan kepada pelajar, penyelidik, dan pendidik, perpustakaan juga akan menjadi tempat beriadah seisi keluarga, sahabat-handai bahkan tempat mencari ilham kepada pencinta seni.

Bangunan perpustakaan ini adalah berkeluasan 18,992 mps (203,600 kaki per segi), mempunyai ketinggian setinggi 6 tingkat dan ia dapat memuatkan lebih kurang 2,500 orang pengunjung serta 400,000 naskhah buku pada satu-satu masa. Perpustakaan RATU merupakan ibu pejabat kepada 96 perpustakaan lain yang terdapat di Selangor.



Aktiviti utama PPAS

  • Menubuhkan, mengurus dan menyelenggara Perpustakaan Awam Negeri dan Perpustakaan-perpustakaan di daerah 
  • Menyediakan pra sarana bagi memudahkan masyarakat mendapatkan ilmu dan maklumat terkini 
  • Mengurangkan jurang digital di antara masyarakat Bandar dan luar Bandar 
  • Membudayakan masyarakat dengan budaya membaca 
  • Membantu merealisasikan agenda dan wawasan Kerajaan Negeri 


Misi dan Visi




  • Memperkaya dan memperkasa masyarakat melalui perkhidmatan yang Relevan, Mudah Capai dan Berkualiti Tinggi.
  • Membangunkan prasarana perpustakaan yang lengkap, selesa, kondusif serta terkini bagi memenuhi keperluan masyarakat.
  • Merealisasikan sebuah pusat pengumpulan koleksi negeri.
  • Membantu kerajaan negeri menurunkan kadar jenayah dan gejala sosial.

  • Menjadi pusat pembelajaran sepanjang hayat yang dapat membina kekuatan spiritual, emosi dan intelektual.
  • Penetapan visi ditetapkan sebagai berlandaskan : peranannyasebagai institusi ilmu yang bakal membantu melahirkan generasi yang berakhlak tinggi dan seiring dengan pembangunan modal insan.

Maklumat Korporat PPAS


BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Fungsi Bahagian :
  • Merancang, menyelaras dan mentadbir projek pengkomputeran di PPAS.
  • Memberi khidmat sokongan dalam pembinaan struktur data.
  • Menyelaras rangkaian komputer setempat.
  • Menyelenggara pembinaan dan pengemaskinian Laman Web.
  • Bekerjasama dengan institusi lain dalam mewujudkan rangkaian tertentu.

Piagam Pelanggan :
  • Menyedia dan menyelaras infrastruktur perkakasan dan perisian komputer supaya berada dalam keadaan baik dan memenuhi keperluan pelanggan.
  • Mempastikan sistem komputer dan rangkaian perpustakaan dapat beroperasi dengan efisyen pada waktu penggunaan.
  • Mempastikan maklumat dalam pangkalan data adalah terpelihara dan terjamin keselamatannya.
  • Mengambil tindakan bagi kerosakan komputer dalam tempoh dua (2) hari bagi kerosakan Minor dan tujuh (7) hari bagi kerosakan Major.
  • Mengemaskini Laman Web setiap bulan.
  • Bersikap terbuka menerima cadangan dan teguran pengguna.

Bahagian Teknologi Maklumat PPAS turut disokong oleh Unit Pengurusan Ilmu atau Knowledge Management. Pejabat Bahagian Teknologi Maklumat dan  Unit Pengurusan Ilmu, PPAS terletak di alamat

Tingkat 2, Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6, 
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Unit Pengurusan Ilmu

Hala Tuju Organisasi


PPAS telah merangka perancangan strategik 4 tahun (2011-2015) yang merupakan kesiambungan kepada perancangan strategik sebelumnya. Tujuan perancangan strategik ini adalah untuk memastikan segala perancangan yang dibuat memenuhi kehendak stakeholders dan pelanggan dalam jangka masa yang ditetapkan dan mengambil kira aspek kewangan yang ditentukan. Keperluan menimba ilmu pengetahuan terus menjadi agenda penting selaras dengan dasar dan hasrat kerajaan negeri Selangor. Selaras dengan ini, sektor perkhidmatan perpustakaan perlu melaksanakan penjenamaan semula secara menyeluruh bagi memenuhi keperluan akses ilmu dan maklumat , di samping melahirkan generasi yang yang cemerlang,terbilang dengan tidak meninggalkan pembangunan modal insannya. 

Konsep Blue Ocean Strategy (Strategi Laut Biru), telah digunakan semasa 

perancangan Pelan Strategik bagi penjenamaan semula PPAS. 



Untuk lebih maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi PPAS di;
http://www.ppas.gov.my/