______________________________________________________
___________________________________________________

Bab 6: Kesimpulan



KESIMPULAN

                             Latihan Industri merupakan salah satu syarat wajib untuk penganugerahan Sijil Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi  Malaysia. Latihan Industri ,pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan  kemahiran dalam bidang masing-masing malah pelajar didedahkan dengan teknik penyediaan dan penulisan laporan. Melalui pengalaman ini, diharapkan dapat meningkatkan potensi diri untuk menonjolkan dalam pasaran kerja dalam bidang berkaitan setelah tamat pengajian.

                        Selain itu, saya turut berpeluang mempratikkan sebahagian perkara yang dipelajari, sama ada secara teori atau praktikal sewaktu pengajian di politeknik sebelum ini.  Namun demikian, di kawasan kerja sebenar, kepantasan, kecekapan, kemahiran dan kebolehan melaksanakan sesuatu projek dengan efisien adalah aspek yang dilihat dalam seseorang pekerja.  Kualiti kerja pula dinilai pada keberkesanannya iaitu adakah ia memenuhi fungsinya secara optimum.  Aspek kecantikan kerja bukanlah menjadi keutamaan.


Sepanjang tempoh 6 bulan saya bekerja bersama pasukan PPAS, saya telah ditugaskan untuk mengendalikan pelbagai operasi kerja yang berlainan samaada secara berseorangan atau bersama-sama kakitangan PPAS. Sebagai staff PPAS kita dikehendaki memahami dan mengenali setiap bahagian dan tugas-tugas utama setiap bahagian.

Walaupun saya ialah seorang pelatih politeknik di sini, mereka amat mudah menerima saya dalam keluarga PPAS di sana dan menganggap saya sebagai pekerja biasa.  Ini dapat memudahkan saya berinteraksi dengan semua golongan pekerja dan membolehkan saya menyesuaikan diri dengan pelbagai ragam suasana pekerjaan yang timbul.  Keadaan sedemikian telah banyak membantu ke arah pembinaan satu personaliti yang positif dalam diri saya.  Aspek disiplin dan keyakinan diri turut bertambah kerana kini saya percaya saya berupaya melakukan kerja yang diarahkan sambil mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.  Ciri-ciri ini, saya rasakan amat perlu dalam diri setiap pekerja dan tidak dapat dinafikan latihan industri ini amat membantu dalam menyediakan diri saya bagi menempuhi alam pekerjaan setelah tamatnya pengajian nanti.  Saya telah belajar cara berkomunikasi  dengan pelbagai lapisan di syarikat ini.  Ini adalah amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik dan berjalan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah.  Selain itu, sikap disiplin diri telah dibentuk iaitu mematuhi segala peraturan sebagai warga  PPAS.  Nilai-nilai murni tentang kerjasama, kerajinan, kebijaksanaan, hormat-menghormati telah ditanami menerusi latihan industri ini. 

Walaupun latihan industri merupakan perkara yang diwajibkan untuk  semua pelajar, namun ia merupakan pulangan yang terbaik pada diri pelajar. Mereka  dapat menimba pengalaman dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan gerak kerja  seharian.  Dengan itu, pelajar akan bergiat mempelajari sesuatu yang baru serta meningkatkan lagi kemahiran pada perkar tersebut.

Kesimpulannya, perindustrian di Malaysia semakin pesat membangun bak kata seperti cendawan tumbuh selepas hujan.  Jadi, tenaga mahir amat diperlukan dalam  sektor ini.  Generasi mudalah yang merupakan bakal tenaga mahir pada masa yang  akan datang.  Perancangan dan kerjasama di antara Institut Pengajian Tinggi dan  syarikat-syarikat perindustrian adalah amat penting untuk melahirkan generasi yang  berkemahiran pada masa hadapan.

Akhir kata, saya ingin lahirkan rasa bangga dan kesyukuran yang tak terhingga kerana dapat menamatkan latihan industri di Perbadan Perpustakaan Awam Selangor di Shah Alam dengan jayanya, dan sekaligus menjaga nama baik pihak politeknik.  Maka, adalah menjadi harapan saya, pihak Politeknik-Politeknik Malaysia dapat meneruskan program latihan industri ini, agar dapat membantu negara melahirkan lebih ramai tenaga pekerja professional yang berkemahiran dalam pelbagai bidang kerja.